SAFMA Bayar Balik Pinjaman RM1 Juta Kepada Kerajaan Sabah

Safma.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Agensi Pemasaran Ikan Sabah (SAFMA) membayar RM1 juta sebagai pembayaran balik pinjaman bagi tahun ini kepada Kerajaan Negeri.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menyaksikan penyerahan cek tersebut dalam satu majlis di Menara Kinabalu, dekat sini pada Khamis.

Cek tersebut diserahkan kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Rusdin Riman oleh Pengurus Besar SAFMA, Amir Bangsa Ahmad.

Turut hadir dalam majlis itu juga Pengerusi SAFMA, Mokran Ingkat dan Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Dr Mariana Tinggal.

Dalam pada itu, Amir turut memberi taklimat kepada Ketua Menteri mengatakan bahawa dengan pembayaran terbaharu ini, bayaran pinjaman tertunggak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tempatan kepada Kerajaan Negeri kini berjumlah RM2.7 juta.

Mokran yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila dan Amir turut memberi taklimat kepada Hajiji mengenai pembangunan kemudahan penyimpanan sejuk (cold storage) di jeti pendaratan ikan SAFMA.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top