KOTA KINABALU: Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong dianugerahkan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat).
Upacara pemakaian pangkat tersebut disempurnakan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Abdul Wahab Mat Yassin.
Beliau turut menerima sijil pangkat kehormat dan tongkat kuasa di Dewan Bankuasi Menara Kinabalu dekat sini, semalam.
Turut menerima anugerah serupa ialah Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Makhzan Mahyuddin.
Sementara itu, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Awang Shaminan Ag. Sahari pula dianugerahkan pangkat Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat).
Manakala, dua lagi individu iaitu Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah, Elvin Alrick Jilan dan Setiausaha Perhubungan Kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah, Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir dianugerahkan pangkat Penolong Pesuruhjaya Bomba (Kehormat). – JAPEN Sabah