SAFA lantik pengurusan baharu

SAFA.jpg

Shahelmey menyerahkan sijil pelantikan kepada Naib Presiden SAFA, Datuk Fairuz Renddan. FOTO Ihsan SAFA

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Fairuz Renddan dilantik sebagai Pengerusi Pasukan Piala Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Piala Presiden dan Piala Belia 2024 bagi negeri Sabah.

Pelantikan beliau adalah sebahagian daripada langkah SAFA melantik pengurusan baharu pasukan bola sepak negeri sebagai persiapan awal menghadapi kejohanan besar pada tahun depan.

Langkah yang sama turut menyaksikan Ahli Dewan Belia Negeri Sabah yang mewakili kawasan Pitas, Asmey Ruddy dilantik sebagai pengurus pasukan Sabah untuk temasya Sukan Malaysia (Sukma) Ke-21 di Sarawak pada Ogos tahun depan.

Presiden SAFA, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, pelantikan kedua-dua mereka dipersetujui sebulat suara pada mesyuarat eksekutif SAFA yang diadakan baru-baru ini.

Menurut beliau, mesyuarat berkenaan turut memberi kepercayaan kepada Penolong Setiausaha Agung SAFA, Shamsuddin Mohd Shah untuk menggantikan Datuk Abdul Rahman Zakaria bagi jawatan Setiausaha Agung SAFA.

“Penstrukturan semula jawatankuasa badan sukan ini amat penting bagi memastikan pembangunan dan pengurusan SAFA terus berjalan dengan lancar.

“Semua mereka yang dilantik mempunyai pengalaman luas dalam dunia bola sepak dan sudah pasti mampu membawa kebaikan kepada sukan ini di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Shahelmey berkata, SAFA perlu melakukan persediaan dengan sebaik mungkin dalam pembangunan sukan bola sepak di negeri ini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top