SAFA Cadang Wujudkan Semula Piala Borneo

datuk-jelani.jpg
Kongsi Bersama

Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) bercadang untuk mewujudkan semula kejohanan bola sepak wanita Piala Borneo pada tahun hadapan

Setiausaha Agung SAFA Datuk Jelani Hamdan (gambar) berkata, bagaimanapun pihaknya akan memberikan fokus kepada Liga Bola Sepak Wanita Sabah terdahulu.

“Piala Borneo akan melibatkan negeri dan negara jiran seperti Sarawak, Brunei, Indonesia dan Filipina serta Sabah.

“Sudah pasti kejohanan ini akan mampu menambah baik pasukan bola sepak wanita di Sabah,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, sekiranya kejohanan berkenaan dapat sambutan yang baik, pihaknya juga akan mengadakan Piala Borneo untuk pasukan lelaki.

Katanya, perancangan untuk tujuan itu sudah dibincangkan sejak April lalu dan diharapkan usaha berkenaan dapat direalisasikan pada tahun hadapan.

Selain itu katanya, untuk Liga Bola Sepak Wanita Sabah, ianya akan diadakan mengikut zon. Sebanyak tujuh atau lapan zon di Sabah membabitkan 27 daerah.

“Penganjuran mengikut zon hanya melibatkan kos yang lebih rendah berbanding jika diadakan di setiap daerah.

“Dengan adanya penganjuran ini, saya berharap kita akan terus melahirkan pemain bola sepak wanita untuk mewakili negeri dan negara,” katanya. – Sabah Focus


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top