Sabahan mesti bersatu untuk realisasikan hak di bawah MA63 – Shafie

shafie.jpg

DSP Mohd Shafie (Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Adalah sukar untuk merealisasikan hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) jika rakyat Sabah tidak bersatu, kata Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

The Star memetik Mohd Shafie sebagai berkata Sabah merupakan negeri dengan bilangan parti politik terbanyak di negara ini – yang menunjukkan perpecahan dan bukannya perpaduan.

“Kita tidak boleh merealisasikan hak di bawah MA63 melainkan kita bersatu,” katanya semasa berucap di majlis sambutan Krismas dan Tahun Baru di Kepayan, dekat sini, pada Sabtu.

Ahli Parlimen Semporna, yang juga ADUN Senallang itu turut mempersoalkan keikhlasan mereka yang mendakwa memperjuangkan kepentingan Sabah tetapi kelihatan berusaha untuk memecah-belahkan rakyat.

Beliau juga berkata Sabah tidak memerlukan retorik memecah-belahkan daripada parti berasaskan Semenanjung, dan adalah tidak bijak untuk mengharapkan parti-parti tersebut melakukan yang lebih baik untuk Sabah.

“Kita biarkan rakyat Sabah melakukannya kerana ia lebih baik untuk diri kita sendiri,” katanya.

Mengenai perhimpunan antirasuah yang dianjurkan baru-baru ini oleh mahasiswa, Shafie berkata demonstrasi aman bukanlah sesuatu yang haram, dan rakyat patut dibenarkan untuk menyuarakan kebimbangan mereka.

“Ini adalah suara generasi muda dan kita tidak boleh menghalang mereka daripada bersuara,” katanya, sambil menambah bahawa terpulang kepada kerajaan untuk mencari penyelesaian terhadap isu yang dibangkitkan sekiranya maklum balas itu mempunyai asas.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top