Sabah ucap tahniah kepada Sultan Johor

hajiji-2.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah mengucapkan tahniah kepada Sultan Johor Darul Ta’zim, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor merafak sembah ucapan tahniah itu bagi pihak rakyat Sabah.

“Rakyat Sabah mengalu-alukan dan mendoakan kesejahteraan kepada Seri Paduka Baginda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim akan mengambil alih takhta daripada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkuat kuasa 31 Jan 2024.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam kenyataan memaklumkan pemilihan itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara, hari ini.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.

Dalam kenyataannya Hajiji turut menzahirkan ucapan terima kasih rakyat Sabah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah khususnya di atas lawatan baginda yang telah berangkat ke Sabah dalam program Kembara Kenali Borneo baru-baru ini.

“Kami di Sabah akan sentiasa mengingati baginda, Permaisuri Agong dan keluarga baginda yang sentiasa dekat dengan rakyat.

“Kami mendoakan keluarga diraja itu kesihatan yang baik,” tambahnya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top