Sabah tumbang lagi, kali ini di gelanggang sendiri

sabah-fc.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Hasrat Sabah untuk bangkit semula selepas tewas 0-4 dalam perlawanan pertamanya dengan Terengganu tidak menjadi kenyataan apabila tumpas sekali lagi – kali ini 0-3.

Kelebihan sebagai tuan rumah gagal dimanfaatkan oleh Sabah dan Stadium Likas akhirnya menyaksikan skuad Sang Badak terpaksa menangis tidak berlagu.

Berbekalkan kelebihan agregat 4-0 daripada perlawanan pertama di Kuala Terengganu, skuad Sang Penyu terus cemerlang sejak awal perlawanan suku akhir kedua itu.

Ketua pasukan, Safawi Rasid, membuka jaringan buat Terengganu seawal minit ke-10 sebelum seorang lagi pemain sayap, Akhyar Rashid, menggandakan kelebihan itu menerusi larian pantasnya dari sebelah kanan suntuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-42.

Marin Pilj kemudian menambah satu lagi gol buat Terengganu menerusi sepakan percuma lencongnya pada minit ke-87.

Kemenangan itu menyaksikan pasukan bimbingan Tomislav Steinbruckner berkenaan layak ke separuh akhir dengan agregat 7-0 dan akan menantikan pemenang di antara Selangor dan Kuching City bagi penentuan ke final.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top