Sabah tubuh Majlis Tindakan Iklim Sabah tangani isu perubahan iklim

Majlis-tindakan-iklim.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menubuhkan Majlis Tindakan lklim Sabah (SCAC) bertindak menetapkan hala tuju serta menyelaras projek mitigasi dan adaptasi perubahan iklim di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, Sabah membuat pindaan ke atas Ordinan Tanah Sabah Bab 68, memasukkan peruntukan perundangan berkaitan penyimpanan karbon yang mula berkuat kuasa pada 19 Jun 2023.

Katanya, Sabah menyelesaikan kajian inventori Greenhouse Gas (GHG) Sabah serta penilaian kerentanan untuk pembangunan Dasar Perubahan lklim Sabah ke arah pembangunan rendah karbon Sabah.

“Inisiatif CCUS selaras usaha Kerajaan Negeri dalam menangani isu perubahan iklim dan merealisasikan agenda teknologi hijau negara, serta sumbangan wilayah Sabah kepada komitmen negara merealisasikan “Nationally Determined Contributions (NDCs)”.

“Kerajaan Negeri mengambil maklum Draf Rang Undang-Undang (RUU) CCUS sedang digubal di peringkat Kerajaan Persekutuan, semua pihak berkepentingan termasuk kementerian persekutuan, pemain-pemain industri dan kerajaan negeri dilibatkan dalam menyediakan RUU yang komprehensif,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Libat Urus Kementerian Ekonomi Malaysia Bersama Kerajaan Negeri Sabah Mengenai Pelaksanaan Inisiatif Pemerangkapan, Penggunaan Dan Penyimpanan Karbon (Carbon Capture, Utilisation And Storage- CCUS) di Malaysia di sini pada Jumaat.

Hajiji diwakili Timbalan Ketua Menteri I merangkapMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Negeri, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan.

Hajiji berkata, terdapat sembilan mesej utama diketengahkan dalam pelan komunikasi mengenai inisiatif CCUS di Malaysia, merangkumi aspek manfaat ekonomi, perlindungan alam sekitar, kesiapsiagaan dan teknikal.

“Inisiatif CCUS adalah selamat, diperlukan untuk membantu Malaysia mencapai Aspirasi Bersih Sifar pada tahun 2050.

“CCUS mengurangkan impak perubahan iklim, pengurusan risiko CCUS melalui penggubalan perundangan dan peraturan yang komprehensif dan pengawalseliaan aktiviti yang berkesan,” jelas Hajiji.

Menurutnya, CCUS membantu Sektor Hard-To-Abate Tempatan bagi menangani Pelepasan Gas Karbon Dioksida, mengurangkan kos penyahkarbonan bagi Sektor Hard-To-Abate Tempatan.

“Malaysia berpotensi menjadi Hab Serantau CCUS dan ia mendorong pertumbuhan CCUS meningkatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia.

“Menerusi kerjasama daripada Kementerian Ekonomi untuk memastikan input daripada negeri Sabah diambil kira bagi memastikan Sabah tidak tertinggal dalam inisiatif CCUS,” kata Hajij.- SNT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top