Sabah tuan rumah pertandingan Miss Tourism International pada November

tourism.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah akan menjadi tuan rumah Miss Tourism International (MTI) 2023 World Final Ke-26 dari 10-25 Nov yang melibatkan peserta dari sehingga 50 negara.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata ia akan menjadi pertandingan ratu terbesar yang pernah diadakan di negeri ini.

“Pertandingan itu sudah tentu akan memberi publisiti luar biasa yang meluas kepada Sabah dan meletakkan negeri ini dalam berita mengenai dunia pertandingan kecantikan,” katanya ketika menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, di sini, pada Jumaat.

Memorandum itu adalah antara EvepntLab Works & Supplies Sdn Bhd dan D’Touch International Sdn Bhd.

Turut hadir ialah pengasas pertandingan itu Tan Sri Danny Ooi turut hadir.

Liew merakamkan penghargaan kepada Ooi kerana memilih Sabah sebagai tuan rumah dan mengucapkan tahniah kepada pengerusi penganjur bersama Xandria Ban, yang merupakan Miss Malaysia Tourism 2015 dan Genie Chua kerana menerima tanggungjawab penganjuran acara berprestij tersebut.

Beliau berkata Kementerian Pelancongan negeri dan Lembaga Pelancongan Sabah akan menyokong penuh pertandingan itu.

Pertandingan bertemakan, “Bringing the World to Sabah” itu akan menyaksikan peserta terlibat dalam pelbagai aktiviti promosi pelancongan, termasuk melawat Santuari Orang Utan di Sandakan, menikmati keindahan pantai Sabah dan menikmati juadah tempatan.

Acara yang diadakan selama 17 hari itu bermula daripada ketibaan para peserta Miss Tourism International pada 10 November 2023. Malam penobatan Pusingan Akhir Dunia MTI 2023 ke-26 akan diadakan pada 25 November 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top