Sabah titikberatkan pembangunan STI

arifin.jpg

Arifin mewakili Hajiji merasmikan Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2023 peringkat negeri Sabah di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

KOTA KINABALU: Sabah sentiasa menitikberatkan pembangunan dan pembudayaan STI (Sains, Teknologi dan Inovasi) di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, bagi mempergiat pembudayaan dan pengaplikasian STI di peringkat akar umbi, kerajaan negeri dengan bantuan Majlis Pembangunan Teknologi dan Inovasi Sabah (MaPTIS) melaksanakan beberapa program baharu seperti Anugerah Sains Sabah, Program Jelajah Astronomi Sabah dan Sabah Malaysia Techlympics 2023.

Menurutnya, Digital Internet Of Thing (IoT) Sandbox yang pertama di Borneo juga sudah beroperasi sepenuhnya di sini bertujuan menggalakkan masyarakat berdaya kreatif dan berinovasi di samping meningkatkan pengkomersialan hasil inovasi tempatan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2023 peringkat negeri Sabah di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, pada Khamis.

Ucapannya dibacakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Ariffin Arif.

“Kerajaan negeri juga akan meneruskan program inovasi masyarakat luar bandar melalui Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan Pusat e-Desa. Kita juga merancang untuk menubuhkan Pusat Sains dan Inovasi di setiap zon.

“Projek yang sedang dalam proses untuk pelaksanaan ini merangkumi pembinaan Pusat Sains dan ‘Maker Space’ di Perpustakaan Negeri cawangan Sandakan dan Tawau,” tambah Hajiji.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top