Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo – Shafie

shafie.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerjasama antara Sabah dan Sarawak tidak semestinya memerlukan parti dari negeri tersebut harus bertapak di negeri, kata Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sebaliknya, beliau berpendirian masalah di peringkat negeri Sabah perlu diatasi terlebih dahulu jika ingin memperkukuhkan blok Borneo.

“Kita tidak pernah pun menawarkan diri bertanding di Sarawak, kita cuma 25 kerusi saja, di Sarawak 31 Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) (Sabah) berapa saja, tidak bererti bahawa kerjasama wilayah Sabah, Sarawak perlu ada parti mereka di sini.

“Yang penting kita atasi masalah di peringkat Sabah dulu, blok ini bukan tidak penting cuma kita katakan kita di antara negara Malaysia dan ini merupakan wilayah-wilayah yang termaktub dalam perjanjian.

“Suara kita boleh kedengaran tetapi sebelum suara kita kedengaran, yang penting pengurusan pentadbiran di peringkat wilayah,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada program ziarah kasih Sembulan di Kampung Sembulan Tengah pada petang Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Parti Bangsa Malaysia (PBM) untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) yang akan akan datang sekali gus membentuk blok Borneo antara Sabah dan Sarawak.

Katanya lagi, rakyat Sabah harus sedar bahawa di masa akan datang bukan suara mereka yang akan didengar sebaliknya hanya suara daripada parti yang wujud.

“Esok kalau ada masalah, suara parti itu yang akan menjelma bukan suara rakyat Sabah, mana yang penting?

“Contohnya yang ada hari ini, suara Pakatan Harapan (PH) boleh didengar tetapi di bawah ini bagaimana keadaan masalah ini perlu diatasi.

“Tapi dalam pilihan raya bukan main sedap telinga kita mendengar kita akan bantu, kita akan selesaikan, kita akan kurangkan bebanan itu, bebanan ini tapi bila sudah berlaku, muka pun tidak nampak,” katanya. – SINAR HARIAN

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top