Sabah tidak alami masalah kekurangan guru

raisin-saidin.jpg

Datuk Raisin Saidin

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah tidak berdepan isu kekurangan guru yang serius walaupun sebelum ini dilaporkan negara mengalami kekurangan kira-kira 20,000 orang pendidik.

BHarian dalam laporannya semalam memetik Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Raisin Saidin, sebagai berkata ketika ini ada kira 500 kekosongan jawatan dan akan diisi bulan depan.

Menurut Raisin, pihaknya telah mendapat seramai 212 guru baharu pada 7 Mac lalu dan akan menerima satu lagi kumpulan guru pada April nanti untuk memenuhi keperluan sekolah.

“Sebenarnya keluar masuk guru ini dinamik sebab ketika guru masuk, ada juga guru yang bersara.

“Kita akan memastikan guru (bersara) diganti dengan guru baharu,” katanya.

Beliau dilaporkan berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi pemantauan hari pertama persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Likas, di sini, semalam.

Raisin berkata, kekosongan jawatan guru sekarang tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Katanya, antara jawatan yang masih kosong ialah guru subjek Pendidikan Islam.

Menurut Raisin lagi, seramai 540,891 orang murid sekolah rendah dan menengah di Sabah memulakan sesi persekolahan pada Isnin.

Katanya, Sabah mempunyai 319,578 murid sekolah rendah dan 216,405 pelajar sekolah menengah.

Selain itu, beliau berkata, jumlah guru di Sabah seramai 43,508 orang membabitkan 17,144 guru sekolah menengah dan 26,360 guru sekolah rendah.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top