Sabah Terus Tambah Baik Perkhidmatan Air Walaupun Belum Terima Peruntukan RM320 Juta

shahemey.jpg

. (Foto: Fail/Bernama)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah terus menambah baik perkhidmatan airnya walaupun masih belum menerima peruntukan RM320 juta daripada kerajaan persekutuan.

NST dalam laporannya memetik Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shahelmey Yahaya sebagai berkata jawatankuasa teknikal telah pun mengadakan dua mesyuarat untuk memperhalusi garis panduan penyaluran wang itu, yang peruntukannya telah diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan lepas.

“Bagaimanapun, di peringkat negeri, kita masih berusaha untuk menstabilkan bekalan air, yang saya rasa orang di Kota Kinabalu, Tuaran dan Putatan (sudah mendapat manfaat),” katanya.

Beliau dilaporkan berkata demikian kepada media selepas pelancaran Minggu Integriti Kementerian Kerja Raya.

Bulan lalu, Putajaya memperuntukkan wang itu untuk menangani penyelesaian jangka pendek bagi isu air Sabah yang akan meliputi 20 projek di sembilan daerah di negeri ini.

Daerah tersebut ialah Putatan, Tuaran, Papar, Beaufort, Keningau, Tawau, Lahad Datu, Sandakan dan daerah ini.

Telah dilaporkan bahawa dana itu akan digunakan untuk mengurangkan air tidak terhasil (NRW) dan juga untuk menggantikan paip lama dan pam air di pelbagai loji rawatan air.

Bagi loji air Telibong II, yang bertujuan menampung permintaan air yang semakin meningkat di pantai barat, Shahelmey berkata beliau berharap kerja fizikal itu dapat dimulakan tahun ini.

Apabila siap, loji itu akan menyediakan tambahan 80 juta liter air kepada ibu negeri setiap hari.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top