Sabah Terima RM1.2 Bilion Pembangunan Luar Bandar Tahun Ini – Mahdzir

mahadzir.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah menerima peruntukan RM1.2 bilion bagi semua projek pembangunan luar bandar sepanjang 2021, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Menerusi jumlah berkenaan, katanya, sebanyak RM150 juta diagihkan bagi projek menaik taraf jalan kampung.

“Semua projek naik taraf jalan raya, bekalan elektrik serta air luar bandar akan menjadi fokus KPLB (Kementerian Pembangunan Luar Bandar) di Sabah dan tiga kemudahan asas utama berkenaan adalah keperluan paling penting serta memerlukan kos pelaksanaan yang tinggi.

“Semua ini boleh saya katakan menjadi keutamaan kami di kementerian dalam membangunkan pembangunan di luar bandar seluruh Sabah.

“Empat projek menjadi keutamaan ialah membabitkan tiga kemudahan berkenaan iaitu projek jalan luar bandar, projek jalan perhubungan desa, bekalan air luar bandar dan bekalan elektrik luar bandar,” katanya ketika ditemui selepas melawat projek menaik taraf jalan raya Kampung Pulau Penampang, di sini.

Sementara itu, Mahdzir turut memaklumkan terdapat projek luar bandar yang mengalami kelewatan untuk disiapkan ekoran pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, katanya, pergerakan yang agak terbatas ketika PKP bukan hanya dihadapi dalam sektor pembinaan tetapi semua sektor negara dalam negara.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top