Sabah Terima Bayaran Dividen RM100 Juta Daripada 14 GLC Negeri

SSK-Hajiji-Dividen.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah hari ini menerima pembayaran dividen sebanyak RM100 juta daripada 14 agensi badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri, meningkat 67.8 peratus berbanding tahun lepas.

Replika cek pembayaran dividen itu diserahkan oleh wakil setiap GLC kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang merupakan Menteri Kewangan I Sabah di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, di sini.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima  Dr Jeffrey Kitingan, Menteri Kewangan II Sabah merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Seri Panglima Masidi Manjun serta Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong.

Antara GLC yang menyerahkan pembayaran dividen kepada kerajaan negeri ialah Perbadanan Pinjaman Sabah, Warisan Harta Sdn Bhd, Sawit Kinabalu, Sabah Energy Corporation Sdn Bhd dan Desa Group Sdn Bhd.

Sementara itu, kerajaan Sabah turut menerima pembayaran balik pinjaman berjumlah RM22 juta daripada lapan GLC negeri termasuk sebuah badan perkhidmatan awam.

Pada majlis itu Pengerusi Warisan Harta Sabah Sdn.Bhd Datuk Seri Panglima Dr Salleh Keruak menyampaikan replika cek RM10 juta kepada kerajaan negeri.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top