Sabah Terima Anugerah Kecemerlangan Prestasi Halal

Halal.jpg

Arifin yang mewakili KM Sabah menerima anugerah daripada Azmin.

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Sabah menerima Anugerah Kecemerlangan Prestasi Halal peringkat negeri daripada Halal Development Corporation Berhad (HDC) pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Halal Sedunia (WHEA 2021) di sini kelmarin.

Ia merupakan pengiktirafan atas inisiatif Kerajaan Sabah membantu dengan cemerlang bagi mencapai tahap kesedaran pengguna yang lebih tinggi dan menggalakkan organisasi dan syarikat menceburi perniagaan halal.

Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kepada Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif yang mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Selain itu, HDC turut menganugerahkan sebanyak 16 organisasi lain atas sumbangan mereka dalam pertumbuhan industri halal.

Mohd Arifin berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat seterusnya menjadi penjana, penggerak, pengamal, pemain dan masyarakat yang prihatin terhadap pemakanan dan produk bahan gunaan halal di negeri Sabah.

Katanya, ia termasuklah kerjasama semua kementerian, agensi, pekilang dan usahawan-usahawan terlibat.

“Kita telahpun mewujudkan halal hub Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan kita juga akan memberikan bantuan serta kerjasama kepada usahawan-usahawan dalam memperkasa Halal di Sabah.

“Selain itu, industri berhubung halal dengan kerjasama agensi-agensi atau jabatan yang terlibat seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkaitan juga akan diperkasa.

“Moga-moga Halal Hub MUIS yang telah diwujudkan akan menjadi wadah bersama dalam memperkasa kecintaan, komitmen dan perjuangan semua dalam Halalan Toiyiba.  Terima kasih HDC dan MITI yang memperkenalkan anugerah ini,” katanya. – Sabah Media

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top