Sabah Terima 152,100 Bekalan Baharu Vaksin

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah menerima bekalan baharu sebanyak 152,100 dos vaksin petang semalam menjadikan jumlah keseluruhan vaksin yang diterima setakat ini adalah sebanyak 747,980 bagi bulan Julai.

Demikian kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun melalui satu kenyataan semalam.

Menurut beliau, mengikut jadual penghantaran satu lagi lagi bekalan dalam kuantiti besar sebanyak 308,880 dos akan sampai pada 28 Julai ini.

“Ini tidak termasuk 30,000 dos yang akan sampai pada Jumaat, 23 Julai nanti,” katanya.

Dengan bekalan-bekalan baharu itu, jumlah keseluruhan vaksin yang dibekalkan kepada Sabah bagi bulan Julai ialah 1,086,760 dos.

“Kita mengharapkan tidak ada lagi gangguan ke atas penghantaran vaksin bagi bulan Ogos dan seterusnya.

“Ini akan membolehkan kita meningkatkan kadar vaksinasi bagi penduduk-penduduk Sabah,” katanya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *