Sabah Tambah 26 Sekatan Jalan Raya Mulai Esok

PKPD-1.jpg

PAPAR 07 OKTOBER 2020.Pihak polis membuat sekatan jalan raya di Jalan Sabindo menghala ke daerah Putatan sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini hingga 20 Oktober. KHIS/MOHD ADAM ARININ

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah akan menambah 26 sekatan jalan raya di seluruh negeri mulai esok.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata tindakan itu bagi melancarkan penguatkuasaan sekatan pergerakan penuh di negeri itu.

Sementara itu beliau berkata, sebanyak 72 sekatan jalan raya dilaksanakan dalam tempoh 24 jam lalu membabitkan pemeriksaan ke atas 38,075 kenderaan.

Daripada jumlah itu, 259 kenderaan diarah berpatah balik.

“Sebanyak 49 kompaun melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dikeluarkan di seluruh Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II negeri berkata jumlah kes harian COVID-19 semalam kekal mencatatkan tiga angka.

“Jumlah kes positif baharu COVID-19 semalam adalah sebanyak 190 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 62,037 kes dengan dua kematian direkodkan di Lahad Datu.

“Jumlah pesakit COVID-19 yang sembuh dan dibenarkan keluar hospital seramai 131 menjadikan jumlah kumulatif 59,522 orang.

“Seramai 1,468 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 448 orang di hospital, 1,015 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) seramai lima orang,” katanya. – BH Online


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top