Sabah Sudah Kemuka Perincian SOP Baharu

restoran.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri sudah mengemukakan perincian prosedur operasi standard (SOP) baharu ketika pelaksanaan Fasa Pertama Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk negeri Sabah kepada kerajaan Persekutuan.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, pihaknya kini sedang menunggu pewartaan dari pihak Persekutuan.

“Perakuan SOP ini telah diputuskan sebulat suara oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Antara anggota jawatankuasa ini ialah semua ketua jabatan yang mewakili Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Sabah juga sudah menyemak perakuan ini,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, Masidi berkata, Setiausaha Kerajaan Negeri akan mengeluarkan kenyataan akhbar yang berasingan mengenai SOP baharu terbabit secara lebih terperinci.

Media sebelum ini melaporkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor mengumumkan kerajaan negeri membenarkan beberapa aktiviti sosial dan ekonomi beroperasi semula.

Ia termasuk makan di restoran, kedai makan dan restoran hotel secara ‘dine-in’, pembukaan gerai menjual sayur, ikan dan buah-buahan di tepi jalan serta kedai gunting rambut yang dijadualkan bermula hari ini.

Bagaimanapun, semalam Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, kerajaan negeri tidak boleh melonggarkan SOP yang dikeluarkan MKN. –hmetro

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top