Sabah Sokong Pembentangan RUU Kawalan Hasil Tembakau, Merokok 2022 di Parlimen – Shahelmey

ShahelmyYahya_1598933878.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kabinet Negeri Sabah bersetuju untuk menyokong RANG undang-undang (RUU) Kawalan Hasil Tembakau dan Merokok 2022 untuk dibentangkan di Parlimen.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, ianya termasuk pelaksanaan larangan penjualan, pembelian dan pemilikan produk tembakau serta produk pengganti tembakau untuk kalangan Generasi Penamat atau ‘Generational End Game’ (GEG).

Jelas beliau, RUU ini amat penting bagi mengurangkan budaya merokok dalam kalangan masyarakat.

Katanya, ini juga untuk melindungi dan mengelakkan ketagihan merokok terutamanya yang melibatkan golongan muda.

“Saya selaku Exco Kesihatan Negeri Sabah telah membawa kertas makluman tentang usaha pembentangan RUU ini di mesyuarat Kabinet.

“Kabinet Negeri Sabah telah bersetuju untuk menyokong pembentangan RUU tersebut di Parlimen.

“Ianya selaras dengan aspirasi negara untuk mewujudkan Generasi Penamat atau GEG.

“Kerajaan Negeri Sabah juga akan turut serta untuk merealisasikan aspirasi ini demi meningkatkan kualiti kesihatan rakyat Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Untuk rekod, GEG merupakan golongan generasi muda yang lahir bermula pada tahun 2005 dan tahun-tahun seterusnya.

Kertas Cadangan Akta Kawalan Hasil Tembakau dan Merokok 2022 ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Kerajaan Negeri Sabah pada 13 Julai 2022.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top