Sabah Sokong Isytihar Darurat Di Parlimen Batu Sapi

hajiji-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menyokong sepenuhnya keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Parlimen Batu Sapi yang sekali gus membatalkan pilihan raya kecil kerusi itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata ia merupakan keputusan yang bijak memandangkan pandemik COVID-19 terus mengancam kesihatan dan kesejahteraan rakyat di Sabah.

Katanya, keperluan menghentikan penyebaran virus itu dan melindungi kesihatan rakyat adalah amat penting.

“Jawatankuasa Bencana Negeri Sabah bagi COVID-19 telah berusaha bertungkus lumus selama ini bersama-sama pihak berkaitan yang lain bagi mengekang penularan wabak ini.

“Perkenan oleh Al-Sultan Abdullah adalah satu keputusan yang amat bijak kerana wabak tersebut masih mengancam kesihatan dan nyawa rakyat Sabah,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Al-Sultan Abdullah hari ini mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Parlimen Batu Sapi berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Hajiji memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah bekerjasama tanpa henti dengan pihak berkuasa yang berkenaan untuk mengatasi pandemik tersebut di negeri itu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top