KOTA KINABALU: Sabah mengalu-alukan pelabur asing untuk meneroka peluang kerjasama di negeri ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Sabah kaya dengan sumber asli dan industri lain yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau sektor swasta di Sabah.
“Kami berharap untuk mendapatkan lebih banyak pelaburan asing dan menarik minat daripada pelabur untuk menjalankan perniagaan di sini,” katanya semasa kunjungan hormat Wayne Robson, Pesuruhjaya Tinggi Kanada di Malaysia pada Rabu.
Semasa pertemuan di pejabat Hajiji di Menara Kinabalu, kedua-dua pihak menyatakan minat dalam pelancongan, pendidikan dan peluang pelaburan.
Mereka juga mengadakan perbincangan mengenai lawatan kapal perang Tentera Laut Diraja Kanada HMCS Ottawa ke Kota Kinabalu tidak lama lagi.