Sabah Sekat Kemasukan Individu Dari Empat Negara

KK-airport.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor mengumumkan semua individu dari Bangladesh, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka dilarang memasuki negeri itu mulai 3 Mei 2021.

Katanya, ia susulan penularan varian baharu di beberapa negara yang menyumbang kepada lonjakan kes baharu Covid-19.

“Sehubungan itu, kru kapal yang mempunyai sejarah perjalanan dari Bangladesh, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka dalam tempoh 14 hari tidak dibenar menjalankan prosedur ‘signoff’ di Sabah, kecuali kru warganegara Malaysia dan wajib menjalani kuarantin 14 hari di stesen kuarantin yang diwartakan.

“Pengecualian masuk ke negeri ini diberikan kepada rakyat Sabah, termasuk pasangan suami isteri serta anak kepada rakyat Sabah sahaja dan mereka juga perlu mematuhi prosedur kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin,” katanya pada Ahad.

Dalam perkembangan lain, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kes Covid-19 di negeri itu mencatat tiga angka semalam, iaitu 115 kes.

“Kinabatangan mencatat kes tertinggi sebanyak 28 kes, kebanyakannya daripada kluster Sawit.

“Kota Kinabalu pula daerah kedua tertinggi mencatat kes Covid-19, dengan 25 kes, iaitu daripada kluster sedia ada, manakala Tawau mencatat 20 kes baharu, Tuaran (sembilan), sementara Lahad Datu, Kunak dan Kalabakan masing-masing mencatat enam kes,” tulisnya di Twitter.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top