Sabah sedia pemeriksaan kesihatan percuma untuk rakyat, permulaaann di 10 daerah

periksa-kesihatan.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah akan menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma buat rakyat di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu kenyataan berkata, untuk permulaan ia akan dilaksanakan di 10 daerah.

“Kabinet Negeri Sabah telah bersetuju untuk melaksanakan perkhidmatan itu di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat,” katanya.

Beliau menambah inisiatif ini akan dilaksanakan melalui perkhidmatan bergerak menggunakan van khas yang dilengkapi peralatan perubatan canggih untuk sampai ke kawasan luar bandar.

Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat pasca-Kabinet Jabatan Ketua Menteri di Menara Kinabalu, pada Rabu

Sementara itu, Hajiji berkata, Kabinet juga telah meluluskan penubuhan Majlis Logistik Sabah.

“Majlis Logistik Sabah di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya katanya akan meneliti penggubalan dasar, pengurusan dan pemantauan isu logistik di Sabah,” tambah beliau.

Selain itu, katanya Kabinet pada mesyuarat semalam juga bersetuju membenarkan penggunaan bahan binaan konvensional selain Sistem Binaan Berindustri (IBS) bagi pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).

Beliau berkata, antara sebab kelewatan menyiapkan Rumah Mesra SMJ ialah kontraktor tidak dapat menjalankan projek menggunakan bahan IBS kerana isu kos.

“Dengan melonggarkan syarat, kami berharap pembinaan Rumah Mesra SMJ akan lebih cepat dan reka bentuk Rumah Mesra SMJ akan dikekalkan,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top