Sabah Sasar Pemberian Vaksin Lebih 50,000 Dos Sehari

vaksinasi.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan mempertingkatkan lagi keupayaan pemberian vaksin Covid-19 sehingga melepasi 50,000 dos sehari.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, usaha dibuat setiap hari untuk meningkatkan kapasiti Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memberi vaksin kepada orang ramai.

“Kelmarin, JKNS memberi (administer) 43,792 dos vaksin.

“Imunisasi yang maksimum serta bekalan vaksin yang tidak terputus akan membolehkan Sabah mencapai imuniti kelompok dengan lebih cepat,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.

Sabah melangkah ke bulan baharu Ogos dengan jumlah kes yang masih dalam empat digit, iaitu 1,002.

Daerah Kota Kinabalu dan Tawau masing-masing mencatatkan 171 kes baharu dalam masa 24 jam yang lalu.

Ini diikuti oleh daerah Penampang dengan 100 kes, Sipitang 90, Sandakan 75, Tuaran 73, Keningau 47, Telupid 40, Ranau 34, Papar 30, Beaufort 28 dan Kinabatangan 22. Semua daerah mencatatkan kes baharu.

Terdapat dua kluster baharu hari ini, iaitu Kluster Tembidong Bidong di Telupid / Beluran 88 kes (+35) (kluster komuniti) dan Kluster Jalan Patikang Ulu di Keningau 17 kes (+3) kes (kluster tempat kerja).

Kontak rapat terus menyumbang jumlah teramai, 591 kes, yakni hampir 59%.

Di daerah Kota Kinabalu hampir 63% kes baharu datang daripada kontak rapat, 70% di Tawau, 67% di Penampang dan 62% di Sipitang.

Masidii berkata data ini menunjukkan ruang atau kawasan penyebaran jangkitan virus Covid-19 semakin meluas dalam komuniti.

“Andaian ini diperkukuhkan lagi dengan jumlah peratusan yang tinggi, 18.4% (184) dikalangan kategori ‘bergejala’. Jangkitan kategori ini merupakan kes sporadik, iaitu punca jangkitan tidak diketahui. Kes yg melibatkan kluster pula sekadar 13.3% (133) dan saringan bersasar 5.5% (55) daripada jumlah keseluruhan.

“Atas fakta-fakta diatas yang diperolehi daripada analisis data-data lapangan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat menganjurkan pematuhan secara total semua prosedur operasi standard (SOP) bagi menghindar diri kita dijangkiti virus Covid-19 ini.

“Disiplin diri adalah komponen penjagaan kesihatan diri yg amat penting selain dpd keperluan mendapatkan vaksinasi yg lengkap,” katanya.

 

Jumlah kes mengikut daerah:

Kota Kinabalu 171

Tawau 171

Penampang 100

Sipitang 90

Sandakan 75

Tuaran 73

Keningau 47

Telupid 40

Ranau 34

Papar 30

Beaufort 28

Kinabatangan 22

Putatan 17

Kota Marudu 17

Kudat 16

Kota Belud 15

Lahad Datu 10

Kuala Penyu 9

Kunak 7

Beluran 7

Tenom 7

Kalabakan 5

Tongod 4

Semporna 3

Tambunan 2

Nabawan 1

Pitas 1

 

*Kluster Baru *

Kluster Tembidong Bidong

(Telupid, Beluran)

88(+35)

 

Kluster Jln Patikang Ulu,

Keningau 17(+3)


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top