Sabah Sasar Keluarkan 60 Peratus Produk Makanan Sendiri 2030

dr-jeffrey.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah sedang mengkaji cara untuk meningkatkan pengeluaran makanan masa kini, dalam usaha mencapai tahap pengeluaran 60 peratus daripada keperluan negeri itu pada 2030.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan negeri berkara, pada masa ini Sabah hanya mengeluarkan 25 peratus daripada keperluan makanan negeri itu.

“Sama ada ia realistik atau tidak, itulah sasaran kami tetapkan. Saya percaya lebih baik tetapkan tinggi jadi kami akan motivasi dan berusaha untuk lakukan sesuatu yang drastik, bagi mencapai sasaran itu,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Jeffrey berkata, satu cara bagi mencapai sasaran ialah meningkatkan pengeluaran dua kali ganda di ladang, dengan penggunaan benih hasil tinggi dan jenis buahan-buahan terbaik, dan menyatakan yang Jabatan Pertanian Sabah telahpun mengedarkan benih padi Tuaran Rice 8 (TR8) kepada pesawah, yang telahpun memberikan hasil lebih daripada dua kali ganda.

“TR8 telahpun mula memodenkan penanaman padi, dan kami menyasarkan untuk membolehkan benih padi itu tersedia untuk semua pesawah di Sabah. TR8 telah menunjukan bahawa peningkatan pengeluaran boleh berlaku tanpa peluasan kawasan.

“Penyelidik di Seksyen Penyelidikan Pertanian di Tenom juga, telah mengkaji pelbagai jenis herba dan buah-buahan untuk diperkenalkan kepada pertanian di Sabah, dan membolehkan ia dapat dibekalkan pada pasaran tempatan.

“Saya gembira dengan penemuan mereka, dan saya percaya yang produk ini berpotensi untuk menjadikan Sabah pemain utama pengeluar makanan eksotik suatu hari ini,” katanya.

Beliau berkata, walaupun dengan penemuan baharu yang boleh meningkatkan pengeluaran makanan, Sabah juga akhirnya perlu meningkatkan keluasan kawasan yang digunakan, untuk pengeluaran makanan bagi memenuhi keperluan masa hadapan.

Pada masa ini seluas 1.8 juga hektar tanah di Sabah, digunakan untuk penanaman kelapa sawit, berbanding dengan hanya 93,000 hektar digunakan untuk pengeluaran makanan.

“Daripada 93,000 hektar, hanya 35,000 hektar digunakan untuk penanaman padi. Jadi apakah cara untuk masa hadapan? Satu cara ialah dengan berbincang dengan syarikat minyak kelapa sawit yang mempunyai kawasan yang luas untuk memperuntukan 10 peratus daripada kawasan mereka, untuk pengeluaran makanan.

“Ini sesuatu yang boleh dipertimbangkan kerana 10 peratus ialah kira-kira 180,000 hekar kawasan pengeluaran makanan, di mana kita boleh tanam apa sahaja daripada padi, jagung, buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain,” katanya.

Jeffrey berkata, beliau percaya secara alternatifnya mungkin boleh dilaksanakan penanaman bercampur dalam ladang kelapa sawit, tetapi perkara itu memerlukan kajian lebih mendalam. – BERNAMA


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top