Sabah, Sarawak Sepakat Sokong Gabungan Yang Bakal Dibentuk

hajiji-pru.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Haji Noor

berkata gabungan itu akan bekerjasama dengan mana-mana gabungan yang membentuk Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, daripada keputusan yang diterima selepas tengah malam tadi, GRS, Barisan Nasional Sabah dan Perikatan Nasional mempunyai 14 kerusi secara keseluruhan di Sabah.

Dua orang Bebas dan seorang Ahli Parlimen Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM) juga dikatakan mesra GRS.

“Jadi saya telah berbincang dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg (Abang Jo) dan kami telah memutuskan untuk bekerjasama dengan kerajaan yang boleh membawa kestabilan politik kepada Sabah dan negara,” katanya pada sidang media awal Ahad.

Beliau berkata kerusi yang dimenangi oleh GRS, BN Sabah dan PN di Sabah akan dibawa masuk untuk menyokong kerajaan yang akan membawa manfaat kepada Sabah.

Hajiji berkata, beliau dan Abang Johari juga untuk membincangkan kemungkinan bekerjasama sebagai sebuah blok Borneo.

“Kami mahu kerajaan persekutuan dan negeri yang stabil,” tegasnya.

Mengenai gabungan atau parti mana GRS yang akan disokong, beliau berkata ia akan dibincangkan lebih lanjut tetapi keputusan itu pasti akan menguntungkan Sabah.

Hajiji berkata, beliau bagaimanapun tidak dapat memberikan jawapan pasti kerana keputusan bagi semua kerusi parlimen masih belum diumumkan (ketika sidang media).

“Kami akan mengeluarkan satu lagi kenyataan sebaik keputusan rasmi dikeluarkan,” katanya.

Beliau menambah bahawa mana-mana gabungan yang ingin bekerjasama dengan blok Borneo yang dicadangkan perlu menawarkan sesuatu yang konkrit kepada Sabah dan Sarawak.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top