Sabah Sambut Baik ‘Total Lockdown’, Akan Umum Sektor Dibenar Beroperasi Dalam Masa Terdekat

hajiji_noor_bernama2.jpg

(Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah akan mengumumkan sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh ‘total lockdown’ dalam masa yang terdekat.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, keputusan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara adalah perlu bagi membendung peningkatan jangkitan COVID-19, termasuk di negeri ini.

“Kerajaan negeri Sabah menyambut baik pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan melaksanakan total lockdown selama dua minggu mulai 1 Jun sehingga 14 Jun 2021 sesuai dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada petang Jumaat,” katanya.

Ujarnya, kebenaran beroperasi bagi sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu akan dimaklumkan dalam garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) tidak lama lagi.

Terdahulu, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari.

Muhyiddin, dalam satu kenyataan malam tadi berkata sepanjang tempoh ini semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh MKN.

Katanya, keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top