Sabah Saksikan Pelancaran Satelit MEASAT-3d 22 Jun

yakub-1.jpg

Yakub (gambar fail).

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah diberi penghormatan untuk menyaksikan pelancaran Satelit MEASAT-3d di Guiana, Perancis pada 22 Jun.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Yakub Khan berkata Sabah antara dua negeri selain Sarawak yang terpilih bersama 60 anggota delegasi lain untuk melihat pelancaran satelit itu.

“Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi selaku wakil Sabah berasa amat bertuah kerana diberi peluang melihat teknologi yang difahamkan mempunyai kelajuan 10 kali ganda lebih pantas berbanding teknologi sebelum ini.

“Satelit baharu itu dijangka membolehkan akses kepada jalur lebar berkelajuan tinggi walaupun di kawasan yang mempunyai sambungan internet terhad.

“Diharap selepas adanya satelit ini, kita akan dapat menyediakan jalur lebar yang lebih baik kepada semua rakyat Sabah selain yang ditawarkan melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA),” katanya.

Yakub berkata demikian pada majlis konvokesyen Sabah Skill & Technology Centre (SSTC) di sini pada Khamis.

Pada majlis itu, 367 graduan telah dianugerahkan sijil dan diploma.

Turut hadir Pengerusi SSTC Datuk John Choo dan timbalan pengerusi SSTC Sumardi Mohd Yusof.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top