Sabah rekod 961 kes kebakaran terbuka sejak Januari hingga kini – Pengarah Bomba

kebakaran-3.jpg

(Gambar fail/Kredit foto: Jabatan Bomba dan Penyelamata Malaysia (JBPM) Sabah)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah merekodkan sebanyak 961 kes kebakaran terbuka sejak Januari lalu hingga semalam.

Pengarahnya Abdul Razak Muda dalam kenyataan malam tadi berkata jumlah direkodkan itu melibatkan kes kebakaran belukar, lalang, kebun, ladang, hutan, gambut di seluruh Sabah.

Beliau berkata Tuaran adalah antara tujuh daerah merekodkan jumlah kes kebakaran terbuka paling tinggi iaitu 207 kes; diikuti Kota Kinabalu (165); Kota Belud (136); Penampang (60); Kuala Penyu (56); Kimanis (55) dan 50 kes di Papar.

“Hari ini, jumlah kes harian menyaksikan sebanyak 40 kes kebakaran terbuka direkodkan melibatkan kawasan seluas 95.29 hektar merangkumi belukar, lalang, hutan, kebun, ladang,” katanya.

Beliau berkata daripada jumlah itu juga kebakaran belukar dan lalang melibatkan keluasan 56.85 hektar, hutan (32.37 hektar) manakala kebun dan ladang sebanyak 6.07 hektar. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top