Sabah Punya Kepakaran Teknikal Sektor Huluan Industri Minyak & Gas

dr-jeffrey-oil-n-gas.jpg

KOTA KINABALU: Sabah mempunyai kepakaran teknikal dalam sektor huluan (upstream) khususnya dalam Penyelenggaraan Telaga Minyak (Well Intervention) dan Kejuruteraan Lumpur (Mud Engineering).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan berkata, atas faktor itu Sabah mahu lebih banyak lagi kepakaran berkaitan dengan sektor huluan industri minyak dan gas di negeri ini dikendalikan oleh rakyat Sabah sendiri.

Pada masa yang sama ia juga dapat membuka peluang pekerjaan untuk anak-anak Sabah dalam bidang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada syarikat Eternity Mode Sdn Bhd (ETERNITY) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Gesiri Gambung kelmarin.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk memperkenalkan syarikat ETERNITY sebagai pemain industri minyak dan gas yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Sabah, yang bakal mempunyai kepakaran teknikal dalam sektor huluan (upstream) khususnya dalam Penyelenggaraan Telaga Minyak (Well Intervention) dan Kejuruteraan Lumpur (Mud Engineering) setelah menandatangani perjanjian kerjasama teknikal dengan pemain industri minyak dan gas daripada luar negara baru-baru ini.

Ini adalah satu perkembangan yang menarik dan sudah tentu pada masa yang sama memberikan peluang kepada pemain industri minyak tempatan bekerjasama dengan kepakaran luar (foreign expertise),” kata Dr Jeffrey.

Dalam pada itu, Syarikat ETERNITY bersedia untuk memainkan peranan yang lebih penting dalam membangunkan industri minyak dan gas terutamanya di negeri Sabah.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Ketua Pegawai Operasi Melvin Albanus, Pengarah Pembangunan Perniagaan Roslee Lukin dan Pengarah Teknikal Imros Kinif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top