Sabah Perlukan Sokongan China Untuk Rancakkan Ekonomi – Hajiji

hajiji-china.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri memerlukan bantuan China dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi di Sabah, khususnya selepas pandemik COVID-19 berakhir.

Beliau berkata, kerajaan menerusi Majlis Penasihat Ekonomi Sabah (SEAC) akan menghantar delegasi ke negara Tembok Besar itu bagi menarik pelabur ke negeri berkenaan.

”Kerajaan Sabah akan meningkatkan hubungan baik dan kerjasama dua hala yang sedia terjalin dengan China.

“Sabah memerlukan bantuan dan sokongan China, khususnya dalam sektor pelancongan, pelaburan hartanah, infrastruktur, pertanian dan lain-lain bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Konsul Jeneral Republik China di Kota Kinabalu, Liang Caide di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), di sini, hari ini.

Sementara itu Caide berkata, pihaknya memberi jaminan akan memberikan kerjasama dan bantuan yang diperlukan oleh Sabah kerana hubungan akrab China dan Malaysia.

Beliau turut menjemput Hajiji melawat China selepas berakhirnya pandemik COVID-19 untyk melihat sendiri potensi pelaburan kedua-dua pihak, termasuk dalam bidang teknologi maklumat, pertanian dan lain-lain.

Terdahulu, Caide turut menyerahkan 50,000 keping pelitup muka kepada Hajiji yang disumbangkan oleh pihaknya serta Kedutaan Republik China di Malaysia. – FMT


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top