Sabah Perlukan Lebih Banyak Produk Pertanian Yang Mampan – Dr Jeffrey

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Para agropreneur di negeri ini digalakkan untuk membangunkan lebih banyak produk yang mesra alam sejajar dengan dasar kerajaan untuk mempromosikan amalan pertanian yang baik di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berkata produk seperti kawalan perosak organik akan mengurangkan penggunaan racun perosak kimia.

“Penggunaan racun perosak kimia telah terbukti berbahaya bukan sahaja kepada kesihatan pengguna tetapi juga kepada tanah dalam jangka panjang,” katanya ketika bercakap di pelancaran maya Farm Tokou pada Sabtu.

Farm Tokou adalah sebuah syarikat persendirian yang ditubuhkan pada tahun 2018, dan memfokuskan dalam sektor pertanian dan penternakan moden. Syarikat itu menghasilkan sayur-sayuran organik dan udang kara air tawar serta membekalkan input pertanian dan penternakan di Sabah.

Kitingan yang juga merupakan Menteri Pertanian dan Perikanan, berkata pertanian yang mampan oleh syarikat seperti Farm Tokou diharap membuka mata golongan muda di Sabah untuk terus berusaha dalam sektor pertanian dan industri tempatan yang lain.

“Kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif untuk menggalakkan agropreneur menyumbang idea dan usaha mereka bagi membantu melonjakkan industi pertanian negeri ini ke peringkat seterusnya.

“Di antaranya ialah program muda Agropreneur yang dikendalikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Persekutuan, yang menyediakan agropreneur yang layak dengan geran kewangan sehingga RM20,000.

“Skop ini juga termasuk agro-pelancongan, sokongan, dan logistik, yang saya percaya amat diperlukan di Sabah.

“Saya sangat mengalu-alukan belia Sabah untuk memanfaatkan geran ini dan geran lain yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu mereka dengan perniagaan mereka,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top