Sabah Perlukan Ketua Menteri Seperti Harris Salleh

Harris-Salleh.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah perlukan seorang ketua menteri seperti Tan Sri Harris Salleh.

Demikian pendapat seorang ahli perniagaan terkenal yang menyifatkan era Harris menjadi ketua menteri sebagai ‘era keemasan’ bagi pembangunan ekonomi negeri ini.

FMT melaporkan ahli perniagaan itu, John Lo berkata, sesiapa juga yang menjadi ketua menteri selepas pilihan raya negeri (PRN) 26 September ini mestilah seperti Harris, tahu bagaimana mengurus sumber-sumber Sabah dan mengatur ekonominya.

Harris menjadi ketua menteri dari tahun 1976 hingga 1985. Beliau disifatkan sebagai Bapa Pembangunan Sabah.

Lo, yang juga bekas seorang ahli perbankan seterusnya berkata,Harris adalah pemimpin yang berwawasan dan berjaya menggerakkan perkembangan industri pelancongan, minyak dan gas di Sabah.

Di samping itu bekas ketua menteri itu juga melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mempercepatkan pembangunan pertanian negeri.

“Beliau yang memulakan Sabah Forest Industries, melaksanakan projek-projek besar di Labuan dan meninggalkan kerajaan negeri dengan rizab RM2.5 bilion, jumlah yang banyak pada masa itu,” katanya.

Ahli perniagaan itu berkata, ketua menteri selepas PRN nanti memerlukan model ekonomi baharu untuk negeri ini.

“Ekonomi Sabah tidak berjalan lancar, bahkan sebelum Covid-19,” katanya. “Ahli politik terlalu fokus pada politik dan tidak memberikan kepemimpinan ekonomi.”

Menurutnya, Sabah sumber dan tidak ada alasan bagi banyak rakyatnya untuk terus hidup dalam kemiskinan dengan kadar pengangguran siswazah tertinggi di negara ini.

Katanya, kerajaan selepas ini mesti mewujudkan peluang pekerjaan dan peluang pelaburan untuk rakyat Sabah.

“Sabah adalah pengeluar minyak sawit terbesar di negara ini tetapi 90% ladang dimiliki oleh orang luar,” ujarnya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top