Sabah Perlu Wujudkan Dasar Luar Biasa Untuk Tingkatkan Pendapatan Per Kapita

dr-jefrey.jpg

(Kredit foto: FB Jeffrey G. Kitingan Page)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah perlu mewujudkan satu dasar luar biasa bagi membolehkan negeri ini mencapai pendapatan per kapita sebanyak USD12,000.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Jeffrey Kitingan berkata, berbanding kini Sabah hanya memperolehi USD6,000 per kapita berbanding Malaysia iaitu USD 12,000.

“Untuk menjayakan ini, Sabah memerlukan pelaburan besar yang mana ianya belum difikirkan sebelum ini.

“Saya yakin kita boleh mendapat sasaran itu kerana Sabah perlu meletakkan sasaran untuk pembangunan,” katanya ketika ditemui pada sambutan Tahun Baharu Cina Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) di sini, semalam.

Beliau yang juga Presiden STAR berkata, Sabah mempunyai potensi besar untuk dibangunkan dengan pendekatan baharu.

Katanya, dasar kerajaan negeri kini memberikan ruang kepada pelabur asing untuk melabur kerana Sabah tidak hanya mengharapkan peruntukan kerajaan Pusat disebabkan negara turut terjejas ekonomi akibat ketidaktentuan pasaran global.

“Salah satu cara untuk Sabah mencapai sasaran pendapat per kapita itu adalah dari hasil pendekatan konservasi.

“Kalau dahulu, kayu balak ditebang dan menyebabkan perubahan iklim, banjir serta kebakaran. Kini kita menuju ke arah konservasi yang mana hasil pendapatan boleh diperolehi daripada penjualan karbon,” katanya.

Jeffrey berkata, karbon berkenaan kini diperlukan dunia untuk menstabilkan perubahan iklim dan sudah pasti pendekatan kerajaan negeri ambil ini akan mampu menjana ekonomi Sabah ke arah lebih mampan. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top