Sabah penyumbang utama pengeluaran rumpai laut negara

rumpai-laut.jpg

Kredit foto: FB Jabatan Perikanan Malaysia

Kongsi Bersama

PUTRAJAYA: Sabah menjadi penyumbang utama bagi penghasilan rumpai laut negara apabila merekodkan kira-kira 225,048 tan metrik pengeluaran dengan nilai RM100 juta pada 2023.

Jabatan Perikanan dalam kenyataan hari ini memaklumkan rumpai laut Sabah menyumbang kira-kira 54 peratus daripada pengeluaran akuakultur nasional dengan kawasan utama ternakan ialah Semporna.

“Spesies utama yang diternak di perairan di Sabah ialah Kappaphycus dan Eucheuma,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan lawatan kerja Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu ke Sabah untuk melihat serta melawat tapak pengeluaran rumpai laut di Semporna. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top