Sabah Pantau Pendakwah Agar Tidak Salah Guna Platform

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri sentiasa memantau bagi memastikan tiada individu yang diberi tauliah untuk mengajar agama menyalahgunakan platform berkenaan untuk kepentingan politik.

Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, walaupun tiada sebarang laporan diterima setakat ini, Pejabat Mufti Sabah dan Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) memantau kegiatan terbabit.

Menurutnya, ia bagi memastikan sebarang fitnah, perselisihan dan perpecahan umat Islam dapat dielakkan agar tidak mencemarkan agama Islam.

“Muis sentiasa memantau kegiatan mereka (individu dengan tauliah mengajar agama). Mudah-mudahan tidak berlaku perkara itu dan kalau ada, kita akan cari jalan untuk mengatasinya. Setakat ini belum ada sebarang laporan mengenainya.

“Pejabat Mufti Sabah juga sentiasa memberi perhatian mengenai perkara ini berikutan tidak semua boleh melepasi kelayakan dan kriteria untuk mendapatkan tauliah mengajar agama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Buletin M-2 Care Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas bertempat di Wisma Muis, di sini, pada Jumaat.

Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Saifulzaman Sangul dan Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar. – HMetro

Kredit foto: FB Arifin Arif

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top