Sabah Pantau Ketat Ajaran Sesat Hadi Minallah

ariffin-arif.jpg

Gambar fail

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah memantau dengan ketat penyebaran ajaran Hadi Minallah yang dipercayai mula dibawa ke beberapa negeri di Malaysia.

Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Dr Arifin Mohd Arif berkata kerajaan melalui Jabatan Agama Islam Sabah (Jheains) dan pegawai agama di peringkat daerah perlu lebih peka dengan perkara ini agar ajaran sesat seperti itu tidak berleluasa.

“Setakat hari ini, saya tidak menerima sebarang laporan mengenai penyebaran ajaran ini di Sabah.

“Bagaimanapun, saya akan mendapatkan maklumat daripada bahagian penguatkuasaan Jheains dan selepas itu kita akan membuat keputusan melalui Jheains dan Pejabat Mufti Negeri Sabah,” katanya

kepada media selepas sidang media pengumuman keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) dan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Peperiksaan SMU dan STAM 2021 bertempat di Dewan Sa’adah Wisma Muis di sini, pada Selasa.

Dalam pada itu, Mohd Arifin turut menyeru umat Islam di Sabah untuk membuat laporan kepada JHEAINS dan Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (Muis) secepat mungkin sekiranya terdapat maklumat mengenai sebarang penyebaran fahaman yang mencurigakan.Ariffin mengulas laporan mengenai kumpula Hadi Minallah yang berasal dari Indonesia yang dipercayai menyebarkan ajarannya di beberapa negeri di Malaysia.

Kumpulan itu dipercayai aktif menyebarkan ajaran sesat menerusi saluran YouTube di bawah Persatuan Nur Mutiara Mutmainnah.

Arifin, yang merupakan menteri yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan Islam berkata sebarang ajaran Islam yang mencurigakan perlu dilaporkan kepada pejabat Jheains dan Mufti.

“Kita akan pantau di setiap daerah kerana kita ada pegawai tadbir, imam masjid dan guru agama yang perlu peka dengan isu seperti ini.

“Apa-apa yang didengari oleh orang ramai atau masyarakat yang mencurigakan dan tidak wajar boleh dilaporkan kepada Jheains,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top