Sabah Mulakan Pendigitalan Data Tangani Isu PATI, Orang Tanpa Kerakyatan

JeffreyKitingan-1.jpg

Gambar fail

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah semakin hampir ke arah menyelesaikan isu pendatang tanpa izin dan orang tanpa kerakyatan yang sudah lama wujud dengan siapnya projek rintis mendigitalkan data pendatang.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata projek utama membabitkan seluruh negeri itu dijangka dimulakan tidak lama lagi bagi mencapai sasaran untuk menyiapkan pengumpulan data berkenaan pada 31 Dis, tahun ini.

Beliau berkata projek rintis mendaftarkan seramai 14,855 pekerja asing di ladang kelapa sawit di bawah syarikat milik kerajaan negeri, Sawit Kinabalu mendapati separuh daripada pekerja asing itu tidak mempunyai dokumen lengkap.

Beliau berkata proses pendaftaran meliputi semua pekerja asing, termasuk mereka yang memegang kad IMM13 dan Surat Burung-Burung, atau sijil banci.

“Separuh daripada jumlah itu adalah pekerja asing yang sah tetapi separuh lagi bekerja secara haram di sini dan juga mempunyai tanggungan,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Kitingan berkata hasil projek rintis ini akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri semasa mesyuarat pada 14 Jun, sebelum negeri ini memulakan usaha pendaftaran seterusnya.

Beliau berkata Imigresen dan polis tidak terlibat untuk membantu dalam pengumpulan data ini kerana warga asing itu tidak akan keluar secara sukarela jika pegawai penguatkuasa terlibat.

Katanya satu proses pengumpulan data yang berasingan akan diadakan untuk komuniti Bajau Laut, yang tidak mempunyai negara.

Sebagai subkumpulan orang Sama-Bajau, Bajau Laut secara tradisinya berasal dari pulau-pulau di kepulauan Sulu di Filipina.

Matlamat pendaftaran ini adalah untuk menentukan jumlah sebenar pekerja asing di Sabah, termasuk mereka yang tidak mempunyai dokumen yang sah atau yang sudah tamat tempoh. Ia juga bertujuan membolehkan kerajaan merangka pelan tindakan seterusnya bagi menangani itu itu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top