Sabah Mohon Lanjut PKPB Di Seluruh Negeri

pkpb.jpg

SANDAKAN, 7 April -- SESAK ... Pengguna jalan raya memenuhi jalan walaupun terdapat sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan COVID-19 di Jalan Lintas Utara hari ini. Tinjauan mendapati jumlah kenderaan di jalan raya meningkat sejak semalam dengan alasan penduduk ingin ke bank untuk mengeluarkan wang Bantuan Prihatin Nasional. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memohon kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di seluruh negeri itu yang dijadualkan tamat Isnin ini dilanjutkan.

Bercakap pada sidang media malam ini Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kerajaan negeri berpandangan lanjutan itu penting memandangkan kes Covid-19 di Sabah masih tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini dilaporkan berkata, Sabah kekal mencatat kes tertinggi Covid-19 iaitu 528 daripada keseluruhan 710 kes di seluruh negara.

Pada 12 Oktober lalu Menteri Kanan ( Keselamatan) Datuk Seri Panglima Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seluruh Sabah dikenakan PKPB bermula 13 hingga 26 Oktober.

Sementara itu, Masidi yang juga Menteri Kewangan II Sabah berkata setakat ini terdapat 12,720 ujian Covid-19 yang keputusannya masih belum diterima.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri menyalurkan sejumlah RM26.7 juta untuk pemberian bantuan bakul makanan kepada penduduk yang terlibat.

“Bantuan bakul makanan diberikan kepada penduduk di kawasan yang dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan dan dikenakan perintah kuarantin kendiri. Hingga 2 petang tadi, sebanyak 72,823 bakul makanan diagihkan,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top