Sabah model perpaduan Kebangsaan-Mustapha

mustapha.jpg

Mustapha (dua kanan) dan Tan (kiri) melepaskan konvoi KMJG ke perhentian penutup, Institut Perguruan Gaya.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Keunikan Sabah menjadikan negeri ini model perpaduan di peringkat kebangsaan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.171 Sepanggar, Mustapha Sakmud berkata, di Sabah terdapat komuniti Cina yang fasih berbahasa Bajau dan yang berketurunan India juga menguasai pelbagai bahasa.

“Keistimewaan tersebut menjadikan Sabah model perpaduan membina negara pelbagai bangsa dan keturunan.

“Di Sabah, kita memberi sumbangan besar aspek perpaduan kepada negara, contohnya hari ini kita dapat saksikan persembahan Tarian Singa dan sambutan meriah daripada pelbagai kaum beserta anak-anaknya sekali.

“Tahun ini 60 tahun pembentukan Malaysia, diharapkan pada masa akan datang anak-anak ini merayakan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bersama, kita tidak boleh tinggalkan mana-mana kaum, perlu seiringan bergerak maju,” katanya semasa merasmikan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 Daerah Kota Kinabalu, di Suria Inanam pada Ahad.

Turut hadir Pembantu Menteri Kewangan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas, Tan Lee Fatt, Pengarah Penerangan Sabah selaku Ketua Konvoi KMJG, Jainisah Mohd Noor dan Timbalannya, Supian Musa.

Pada program tersebut, Persatuan Tarian Naga dan Singa Khin You menyambut ketibaan konvoi KMJG yang tiba dari Dewan Menggatal.- JaPen Sabah/Warta Oriental

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top