Sabah-MM2H: Tiong balas kritikan Christina

Tiong-King-Sing.jpg

DS Tiong King Sing (Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Tiong King Sing membalas kritikan Datuk Christina Liew terhadap MOTAC berkaitan program Sabah-Malaysia My Second Home (Sabah-MM2H).

Dalam hantarannya di Facebook, Tiong berkata walaupun pihaknya telah beberapa kali memberikan undangan namun Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah itu tidak pernah hadir untuk membincangkan permohonan MM2H di Sabah.

“Bukan sahaja menteri tidak hadir mesyuarat, beliau tidak mewakilkan seorangpun wakil ke meja perbincangan.

“Ini suatu yang mengecewakan,” katanya.

Malah, menurut Tiong, berdasarkan semakan, sejak memegang jawatan menteri, Liew sangat jarang menghadiri mesyuarat yang diadakan oleh MOTAC.

Dia mendakwa kritikan Christina terhadap pelaksanaan dasar itu berpunca daripada keengganannya untuk menghadiri mesyuarat berkenaan supaya dia dapat memahami butiran program berkaitan pendaftaran ejen.

Terdahulu Christina berkata Sabah berazam untuk meneruskan program Sabah-MM2H walaupun tanpa ‘lampu hijau’ Putrajaya selepas Putrajaya menggantung operasi semua ejen berlesen yang mengendalikan program tersebut.

“Ia tidak akan melanggar undang-undang. Kami bertemu dengan imigresen, polis, semua pihak berkuasa yang berkaitan dan kami bersedia.

“Program saya ditangguhkan secara tidak perlu dan kita akan kalah kepada negara lain di sekitar Asia Tenggara yang sangat berminat,” katanya.

Christina juga mendakwa masalah itu timbul pada 27 Mei, beberapa hari sebelum pelancaran yang dirancang pada 1 Jun, apabila Motac membatalkan semua ejen berlesen MM2H sehingga diberitahu kelak yang menyebabkan Sabah seakan tergantung.

Tiong berkata Christina telah gagal mengambil langkah yang perlu untuk memahami sepenuhnya keseluruhan dasar itu.

“Saya sudah berulang kali menyeru beliau untuk menangani isu pelancongan di Sabah tetapi isu yang dibincangkan sebelum ini masih belum selesai.

“Jika tugas-tugas asas tidak dikendalikan dengan baik, bagaimana kita boleh menarik pengunjung asing untuk merancakkan industri pelancongan,” soalnya.

Tiong berkata dia terpaksa bertemu dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor bagi membincangkan isu keselamatan pelancongan di negeri itu.

Tiong juga menasihatkan Christina sebagai menteri pelancongan Sabah supaya tidak terburu-buru mengkritik sebaliknya fokus dalam menangani isu keselamatan pelancongan terlebih dahulu.

“Saya telah berulang kali menjelaskan dalam kabinet bahawa ejen sedia ada MM2H mesti mendaftar semula diri mereka untuk menangani masalah lazim ejen menyewakan semula permit mereka atau menghilangkan diri dengan bayaran agensi yang dikutip.

“Saya mesti menegaskan bahawa pembaharuan visa MM2H tidak berkaitan dengan permit ejen MM2h. Bagaimanapun, kami mahu ejen MM2H mematuhi ketelusan dengan tegas termasuk mengutip yuran permohonan sebaik sahaja ia berjaya diluluskan.

“Permit ejen MM2H di Malaysia mesti dipohon semula dengan Motac MOTAC peraturan terkini dikeluarkan (atau diwartakan).

“Pembaharuan permit hanya diluluskan bagi mereka yang layak di bawah peraturan baharu itu,” kata Tiong lagi.

Tiong berkata dia telah memaklumkan kepada kabinet persekutuan bahawa kuasa dalam perkara ini akan diwakilkan kepada Sabah dan Sarawak.

Katanya, dia juga akan bertemu dengan pemimpin kerajaan negeri berhubung perkara itu.

“MOTAC dan pihak lain yang berkaitan telah meluangkan banyak masa dan usaha dalam merangka dasar bagi program MM2H yang mendatangkan banyak kesan sehingga tindakan sewenang-wenangnya tidak boleh diambil,” ujarnya sambil menegaskan Christina perlu bertemu MOTAC untuk memahami sepenuhnya keadaan dan mengkaji semula isu yang boleh membawa kepada salah guna kuasa.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top