LAHAD DATU: ‘Sabah milik kita’ merupakan moto perjuangan Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.
Ahli Majlis Tertinggi Warisan, Assafal P. Alian berkata, moto itu membawa mesej jelas bahawa tampuk kepimpinan kerajaan negeri adalah ditentukan rakyat dan bukannya kuasa mana-mana menteri.
“Sebagai ahli parti kita sepatutnya tahu tujuan dan perjuangan yang dibawa oleh Warisan. Ketua Menteri hanya menasihati Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin untuk membubarkan dewan susulan kemelut politik yang berlaku.
“(Ekoran kemelut politik itu) Ada baiknya kita kembalikan mandat kepada rakyat. Kita serahkan kepada rakyat menentukan secara adil pada PRN nanti,” katanya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Warisan Lahad Datu. – Astro Awani