Sabah, Media Prima Jalin Kerjasama Perluas Agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya

hajiji-media-prima.jpg

Hajiji bergambar bersama Syed Hussian (dua kiri), Efendi (kanan) dan Azlan (kiri) ketika menerima kunjungan hormat pengurusan tertinggi Kumpulan Media Prima Berhad di Pejabat Ketua Menteri, Menara Kinabalu, pada Jumaat. (Foto: Buletin TV3)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersedia menjalinkan kerjasama dengan Kumpulan Media Prima Berhad (MPB) bagi memastikan agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dapat disampaikan secara meluas di seluruh negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, menyifatkan jalinan kerjasama dengan syarikat konglomerat media terkemuka di negara itu juga bakal memberi manfaat daripada segi pendedahan berkaitan kepentingan rakyat Sabah.

“Bagi saya, ini membuka ruang lebih luas untuk kerajaan negeri dan Media Prima Berhad bekerjasama dalam banyak perkara, terutama membabitkan kepentingan rakyat yang perlu diketahui umum sama ada di negeri ini mahupun di Semenanjung.

“Jadi ia amat berhasil (perbincangan) dan saya amat berterima kasih kepada Media Prima dalam perjumpaan hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjung hormat kepemimpinan Media Prima, diketuai Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid di Menara Kinabalu di sini, semalam.

Terdahulu, Syed Hussian menyerahkan sumbangan pasca bencana bernilai RM198,600 kepada mangsa banjir Sabah melalui Tabung Bencana NSTP-Media Prima di Depoh Simpanan Keperluan Bencana (DSKB) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sabah.

Sumbangan itu diserahkan kepada JKM Sabah untuk diagihkan kepada 993 keluarga.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia, Mohd Efendi Omar dan Pengurus Besar Kumpulan, Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan dan Pejabat Pengerusi Kumpulan, Azlan Abdul Aziz.

Sementara itu, Efendi berkata, sesi perjumpaan itu mendapat reaksi positif daripada Hajiji.

“Ketua Menteri sangat positif di mana kita mahu bekerjasama (dengan kerajaan negeri) dalam aspek lebih meluas, terutama untuk menyampaikan maklumat berkaitan dasar Sabah Maju Jaya yang diasaskan oleh beliau.

“Kita bersetuju bekerjasama dengan lebih rapat dan akan menggunakan segala platform yang ada dalam Media Prima untuk menyampaikan maklumat, dasar atau usaha kerajaan negeri dengan lebih meluas.

“Kita ada kesinambungan perjumpaan kali ini. Insya-Allah Ketua Menteri bersetuju untuk mengunjungi Sri Pentas pada masa yang akan ditetapkan nanti,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top