Sabah masih runding tuntutan royalti minyak

datuk-nizam.jpg

(Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Royalti minyak dan hak Sabah ke atas pelantar benua disenaraikan antara perkara yang masih dirunding dalam tuntutan kerajaan negeri terhadap kerajaan persekutuan mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, berkata perkara itu dan beberapa lagi perkara penting lain sedang diusahakan menerusi rundingan yang masih dilaksanakan.

Perkara lain yang turut dirunding ialah kuasa tenaga buruh dan kuasa perundangan alam sekitar, selain penurunan kuasa kepada mahkamah Sabah dan Sarawak, pelantikan pesuruhjaya kehakiman Sabah dan Sarawak serta pentadbiran kehakiman.

“Selain itu, turut masih dalam perundingan ialah pembayaran tunai petroleum, mineral minyak dan medan minyak serta Akta Laut Wilayah 2012 dan hak negeri ke atas pelantar benua.

“Turut dituntut ialah obligasi kewangan persekutuan di bawah Senarai Bersama, duti setem ke atas instrumen sewa tanah, pertambahan jawatan perkhidmatan awam Sabah di bawah Perkara 112 Perlembagaan Persekutuan dan Borneonisasi perkhidmatan awam Sabah.

“Kita turut menuntut berhubung pembangunan sempadan Malaysia – Indonesia, iaitu di antara Sabah, Sarawak dan Kalimantan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Assaffal P Alian (WARISAN – Tungku) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, semalam.

Assaffal bertanya sama ada royalti minyak dan perkara berhubung kait dengan pelantar benua termasuk dalam senarai tuntutan kerajaan negeri dalam rundingan berkaitan MA63 dengan kerajaan persekutuan.

Terdahulu, ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr Yusof Yacob (Gagasan Rakyat – Sindumin) berhubung perkara yang masih dirunding, Nizam menyenaraikan tujuh perkara sedang dalam peringkat pelaksanaan ketika ini. – Bharian

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top