Sabah Masih Hadkan 50 Peratus Kapasiti Pelanggan Di Meja Makan

restoran-pakmus.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah masih mengekalkan had kapasiti 50 peratus pelanggan di meja makan seperti prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikeluarkan sebelum ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, perkara ini telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Covid-19 negeri Sabah pada Jumaat.

“Mesyuarat telah memutuskan bahawa negeri Sabah masih menggunapakai SOP PKPB yang sedang berkuatkuasa sehingga 20 Dis.

“Sabah masih mengekalkan kapasiti separuh di meja makan. Sekiranya saiz meja untuk empat orang, hanya dua orang dibenarkan. Begitu juga meja untuk enam orang, hanya tiga pelanggan dibenarkan.

“Ini bagi membolehkan penjarakan fizikal satu meter dan pematuhan SOP bagi sektor makanan,” katanya semasa sidang media perkembangan semasa Covid-19 negeri Sabah.

Tambahnya, pematuhan SOP di kedai makan penting bagi mengelakkan berlakunya kluster baharu di kedai makan seperti kluster Kupi-Kupi yang dikesan di kedai makan di Penampang.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top