Sabah Mahu Belajar Daripada Kejayaan Perkampungan Pelancongan Nghanggeran

joniston.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah ingin belajar daripada perkampungan pelancongan Indonesia untuk membantu membawa sektor pelancongan berasaskan komunitinya ke tahap baharu.

Semalam Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Joniston Bangkuai berada di Yogyakarta telah melawat Desa Wisata Nglanggeran atau Kampung Pelancongan Nglanggeran, sebuah perkampungan yang memenangi anugerah Best Tourism Village 2021 dari Pertubuhan Pelancongn Dunia (UNWTO). Kampung itu juga memenangi Anugerah Pelancongan Berasaskan Komuniti Asean (CBT) 2017.

Bangkuai, yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), berkata mengambil petunjuk daripada perkampungan pelancongan itu boleh membantu Sabah menambah baik inisiatif pelancongan berasaskan komunitinya sendiri yang mampan.

Beliau berkata ini adalah penting memandangkan Sabah merancang untuk mamastikan lebih ramai pemain industri pelancongannya mencapai pengiktirafan antarabangsa sebagai sebahagian daripada proses mengubah Sabah menjadi destinasi luar bandar bertaraf dunia.

“Kita tidak seharusnya mengehadkan diri kita kepada contoh kejayaan kita sendiri, sebaliknya melihat kepada pencapaian orang lain dan mendapatkan idea dan motivasi daripada mereka.

“Dengan cara ini, kami akan dapat meningkatkan tahap pelancongan luar bandar dan membuat penambahbaikan yang ketara,” kata Bangkuai selepas perkampungan itu bersama pasukannya dari STB.Mereka berada di Yogyakarta untuk Forum Pelancongan Asean. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif STB Julinus Jimit dan Presiden Persekutuan Persatuan Pelancongan Luar Bandar Sabah (FERTAS) Walter Kandayon, yang juga ahli lembaga pengarah STB.

Terletak di dalam Geopark Gunung Sewu, Nglanggeran menawarkan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan pelancongan, seperti lawatan kebudayaan, inap desa dan rekreasi luar, menarik kepada pelbagai kategori pelancong.

Bangkuai berkata pemain pelancongan luar bandar Sabah boleh belajar daripada kaedah pemasaran berkesan Kampung Nglanggeran sebagai destinasi pelancongan unik dan tulen yang menarik pengunjung dari seluruh dunia.

“Saya telah memaklumkan kepada FERTAS untuk berhubung dengan jawatankuasa Kampung Pelancongan Nglanggeran dengan harapan kita boleh membuat penglibatan bersama pada masa depan di Sabah,” katanya.

Beliau menambah Sabah juga boleh belajar daripada pakar tempatan di kampung itu tentang cara mengurus geopark dan mengaplikasikan pengetahuan itu ke Geopark Kebangsaan Kinabalu, yang merangkumi daerah Ranau, Kota Belud dan Kota Marudu.

Semasa lawatan itu, Pengurus Kampung Pelancongan Nglanggeran Sugeng Handoko berkongsi dengan anggota-anggota delegasi dari Sabah bahawa usaha kampung itu mempromosikan pelancongan berasaskan komuniti membawa hasil kira-kira RM2 juta setiap tahun.

Berikutan kejayaan pelancongan mereka, kampung itu terpaksa mengehadkan bilangan pelawat daripada 14,000 kepada 8,000 pelawat sebulan bagi memberi tumpuan untuk menarik pelancong berkualiti dan memastikan kelestarian.

Sugeng menambah bahawa mereka lebih daripada bersedia untuk berkongsi pengalaman mereka dan, pada masa yang sama, mengetahui lebih lanjut tentang tawaran unik di Sabah melalui penglibatan dengan pemain pelancongan berasaskan komuniti negeri.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top