Sabah Larang Rentas Daerah Ketika Sambutan Pesta Kaamatan

kaamatan.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah akan menguatkuasakan larangan rentas daerah bermula 27 Mei hingga 3 Jun ketika sambutan Pesta Kaamatan yang akan disambut pada 30 dan 31 Mei.

FMT melaporkan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, aktiviti rentas daerah mengikut zon dibenarkan semula mulai hari ini di seluruh negeri hanya diberikan selama 10 hari sehingga larangan rentas daerah dilaksanakan semula.

”Sepanjang tempoh itu, hanya Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang dikategorikan sebagai satu daerah,” kata beliau ketika dihubungi.

”Dalam tempoh itu juga, pihak polis akan melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) dan hanya pengguna jalan raya yang diberi permit oleh polis atau dokumen sah kebenaran rentas daerah saja yang akan dibenarkan meneruskan perjalanan ke daerah dituju.”

Masidi berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil risiko untuk mencuba nasib merentas daerah kerana pihak polis akan mengarahkan mereka berpatah balik.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top