Sabah laksana pendataan digital warga asing

saifuddin.jpg

Saifuddin (Gambar fail)

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Sabah sedang melaksanakan aktiviti Pendataan Digital Warga Asing di Sabah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendataan itu dilaksanakan bagi tujuan pendataan dan merekod keberadaan warga asing di Sabah.

“Inisiatif pendataan digital ini sedang dijalankan dan melibatkan pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Malaysia bagi menyelesaikan permasalahan kepelbagaian dokumen di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu jawapan bertulis terhadap soalan lisan Datuk Seri Panglima Madius Tangau [ UPKO – Tuaran ] pada Persidangan Parlimen Dewan Rakyat di sini, pada Rabu.

Dalam soalannya, Madius meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan halangan yang menyebabkan cadangan penyelesaian seperti yang disyorkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menangani masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah masih belum dilaksanakan sehingga kini.

Menurut Saifuddin, susulan daripada syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Mengenai Pendatang Asing di Sabah, Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS).

“Penubuhan JKPWAS bertujuan untuk mengkaji dan membincangkan isu berkaitan pendatang dan warga asing di Sabah.

“Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, antara isu yang sering dibangkitkan di Sabah adalah isu dokumentasi bagi orang yang tidak berdokumen (undocumented) serta penyeragaman dokumen masyarakat pelarian di Sabah,” katanya. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top