Sabah, Labuan Berdepan Ancaman Hujan Lebat

WhatsApp-Image-2021-07-13-at-11.40.10-AM.jpeg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Penduduk bagi beberapa kawasan di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dinasihatkan berhati hati kerana dijangka berdepan ancaman hujan lebat bermula esok dan Khamis ini.

Jabatan Mateorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, kawasan-kawasan terbabit akan mengalami hujan lebat berpanjangan selama dua hari.

Di negeri Sabah melibatkan kawasan Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan, Pantai Barat dan Kudat (Kota Marudu).

“Selain itu, seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka mengalami nasib yang sama,” katanya menerusi status yang dimuat naik MetMalaysia di laman sosial rasminya sebentar tadi

Terdahulu, Kosmo! melaporkan beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Selangor dan Johor berdepan ancaman ribut petir pagi ini. –KOSMO


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top